Saturday 25 February 2012

Operasi bersepadu buru 1.3 juta pendatang

KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta pendatang asing tanpa izin yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), akan dilakukan di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.
Operasi itu dilaksanakan Jabatan Imigresen bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata, operasi antara lain membabitkan 1,400 anggota penguat kuasa Imigresen dan 2.8 juta anggota Rela.
“Operasi diadakan selepas tamat proses pemutihan Program 6P pada 15 Februari ini,” katanya.

Sehingga kini, 370,000 Pati mendaftar menerusi Program 6P.

“Berdasarkan operasi kami tahun lalu, kami memeriksa 35,000 pekerja/pendatang asing tanpa izin dan mendapati 4,000 daripada mereka tiada permit pekerjaan,” katanya.

Alias berkata, kerajaan sudah memberi ruang secukupnya buat PATI mendaftar dalam program 6P. - Bernama

No comments:

Post a Comment