Saturday 25 February 2012

Peta ke lokasi kami


View Larger Map

Makluman

Salam 1 Malaysia..kepada semua majikan yang berhasrat untuk melaksanakan urusan pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI), silalah berurusan dengan kami. Kami menyediakan perkhidmatan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk semua sektor.

6P : Pelarian dipecat jangan salahkan kerajaan

Pelarian atau pencari suaka dari Myanmar yang didakwa diberhentikan oleh majikan selepas Program Penyelarasan Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) tidak boleh menyalahkan kerajaan dalam isu tersebut.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ini kerana golongan tersebut tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam urusan mereka.

"Mengikut undang-undang UNHCR mereka ini hanya ditempatkan sementara di negara ini sambil menunggu untuk pindah ke negara yang sudi menerima mereka dan tidak layak untuk bekerja kerana kebajikan mereka ditanggung sepenuhnya oleh badan berkenaan.

"Justeru, isu ini (pemberhentian kerja) mereka perlu berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana sebenarnya jika mereka ingin berbuat demikian (bekerja) mereka perlu mendapat kebenaran khusus daripada KDN, ini adalah dasar kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dokumen pengenalan diri menerusi Kempen My Daftar peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan golongan pelarian Myanmar yang diberhentikan kerja akibat majikan tidak mahu menghadapi masalah dengan Jabatan Imigresen ketika ingin mendaftarkan nama mereka dalam program tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata program 6P yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin hanya layak untuk golongan berkenaan dan golongan pelarian tidak termasuk dalam program itu.

"Pelarian atau pencari suaka tidak layak untuk program ini...jika kerajaan membenarkan pelarian bekerja di sini, dikhuatiri lebih ramai pelarian dari negara jiran yang datang ke sini semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan," katanya.

Terdahulu Dr Subramaniam menyampaikan dokumen pengenalan diri kepada 82 daripada 425 orang penerima yang layak dalam program My Daftar di negeri ini.- Bernama

Tarikh proses pemutihan program 6P dilanjut ke 10 April


PUTRAJAYA - Proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) akan dilanjutkan sehingga 10
April ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam hari ini.

Beliau berkata proses pemutihan yang mula dilaksanakan secara pentadbiran sejak 11 Januari lepas sepatutnya berakhir esok (15 Februari).

"Kerajaan hari ini menetapkan bahawa proses pemutihan Program 6P akan tamat sepenuhnya pada 10 April dan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan tarikh itu tidak akan dilayan.

"Kerajaan membuat keputusan itu selepas menimbang permohonan majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil untuk membolehkan mereka menyediakan dokumen diperlukan, khususnya passport perjalanan pekerja asing tanpa izin yang diproses pejabat kedutaan negara masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dengan lanjutan tarikh itu, Mahmood menyaran majikan yang belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja tanpa izin masing-masing supaya segera berbuat demikian kerana operasi penguatkuasaan besar-besaran akan digerakkan di seluruh negara sebaik tamat tempoh nanti.

Sehingga semalam, sejumlah 379,020 pentang tanpa izin membabitkan 33,053 majikan telah diputih dan diampunkan, termasuk 94,856 yang telah pulang ke negara masing-masing. - Bernama

Operasi bersepadu buru 1.3 juta pendatang

KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta pendatang asing tanpa izin yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), akan dilakukan di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.
Operasi itu dilaksanakan Jabatan Imigresen bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata, operasi antara lain membabitkan 1,400 anggota penguat kuasa Imigresen dan 2.8 juta anggota Rela.
“Operasi diadakan selepas tamat proses pemutihan Program 6P pada 15 Februari ini,” katanya.

Sehingga kini, 370,000 Pati mendaftar menerusi Program 6P.

“Berdasarkan operasi kami tahun lalu, kami memeriksa 35,000 pekerja/pendatang asing tanpa izin dan mendapati 4,000 daripada mereka tiada permit pekerjaan,” katanya.

Alias berkata, kerajaan sudah memberi ruang secukupnya buat PATI mendaftar dalam program 6P. - Bernama

6P: Majikan digesa segerakan permohonan

KUANTAN 18 Feb. - Semua majikan digesa mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing dengan segera bagi mengelak kesesakan pada minggu terakhir tarikh tutup permohonan yang ditetapkan pada 10 April ini.
Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohamed Nasir Osman berkata, keputusan kerajaan melanjutkan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P) yang sepatutnya berakhir Selasa lalu adalah selepas menimbang rayuan yang dikemukakan para majikan dan persatuan peniaga kecil sebelum ini.
"Bagaimanapun, kebanyakan mereka masih bertangguh dengan hanya menunggu pada saat-saat akhir permohonan ditutup.
"Senario ini menyebabkan kesesakan yang luar biasa berlaku di kaunter-kaunter imigresen sehingga mereka mengeluh kerana terpaksa menunggu giliran dalam tempoh yang lama," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Mohamed Nasir, Kuantan merupakan pusat pemutihan kelapan telah meluluskan permohonan sebanyak 1,585 majikan dengan melibatkan 5,968 orang pekerja asing.
"Namun, terdapat juga permohonan yang ditolak kerana gagal memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan iaitu membabitkan 204 majikan dan 1,069 pekerja," katanya.
"Justeru, saya berharap dalam tempoh yang diberikan ini setiap majikan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan turun padang bertemu majikan bagi mengenal pasti punca keengganan mereka melakukan proses pemutihan tersebut.
"Isnin ini kita akan ke Cameron Highlands bertemu dengan majikan yang menggaji pekerja asing bagi membincangkan masalah dan mencari jalan penyelesaian agar mereka membuat permohonan segera," ujarnya.
Sementara itu, katanya, Pahang telah menerima bayaran levi sebanyak RM4.8 juta daripada 1,488 permohonan.
"Bayaran levi tertinggi adalah dalam bidang pembinaan yang membabitkan permohonan sebanyak 326 majikan iaitu berjumlah RM1.94 juta.
"Levi ini dibayar bagi tempoh setahun iaitu antara RM410 dan RM1,850 bagi satu kepala," jelasnya.

Friday 24 February 2012

Salam 1 Malaysia

Dukacita dimaklumkan bahawa laman web rasmi DPPMM sedang menjalani proses penambahbaikan.
Segala kesulitan amatlah dikesali
Terima Kasih
Laman Sosial Facebook

Laman Blogspot

Laman Sosial Twitter

Thursday 23 February 2012


Logo DPPMM

Berita Terkini

BERITA TERKINI

Tarikh Akhir Pemutihan Program 6P Akan Tamat Sepenuhnya Pada 10 April 2012



Kenyataan Media/Akhbar


Kerajaan hari ini menetapkan bahawa proses pemutihan Program 6P akan tamat sepenuhnya pada 10 April 2012 dan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan lagi tarikh tersebut tidak akan dilayan.


Sehubungan itu, proses pemutihan yang kini dilaksanakan secara pentadbiran sejak 11 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir hari ini (15 Februari 2012) akan diteruskan sehingga 10 April 2012.


Keputusan ini dibuat selepas menimbang permohonan majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil khususnya yang merayu supaya tarikh itu dilanjutkan untuk membolehkan mereka menyediakan dokumen diperlukan, khususnya passport perjalanan pekerja asing tanpa izin (PATI) yang diproses pejabat kedutaan negara masing-masing.


Dengan lanjutan tarikh ini, majikan yang masih belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan PATI masing-masing digesa supaya segera berbuat demikian kerana operasi penguatkuasaan besar-besaran akan digerakkan di seluruh negara sebaik tamat tempoh ini (10 April 2012).


Sementara itu, sehingga 13 Februari 2012, sejumlah 379,020 PATI membabitkan 33,053 majikan telah diputih dan diampunkan, termasuklah 94,856 yang telah pulang ke negara masing-masing.



Tarikh akhir pemutihan Program 6P 15 Februari


PUTRAJAYA 25 Jan. – Kerajaan menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh akhir proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.


Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sebelum ini proses pemutihan itu diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Januari lepas.


Sehubungan itu, beliau berkata, majikan yang belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin masing-masing digesa berbuat demikian dalam kadar segera kerana tiada lanjutan tambahan akan dibuat bagi proses tersebut.


“Bagaimanapun, kepada majikan yang telah mengemukakan permohonan dan telah beroleh tarikh temujanji bagi proses temuduga, prosedur akan diteruskan sehingga April ini,” katanya.


Mahmood berkata, kementerian yakin tempoh yang diberikan adalah mencukupi dan menggesa majikan menguruskan permohonan pekerja mereka tanpa menunggu sehingga saat akhir. – BERNAMA






BONUS TAHUN BARU CINA

RM7,000 MENANTI ANDA


Bermula dari 22-01-12 hingga 24-01-12

  1. A. PEGAWAI PERHUBUNGAN / AGEN SEPENUH MASA / AGEN BEBAS

  1. 1. Pencapaian tertinggi pendaftaran harian : sela masa  
    1. Sebelum jam 12 tengahari : RM200
    2. Antara 12 tengahari – 6 Petang : RM200
    3. Selepas jam 6 petang : RM200

Pencapaian tertinggi diambilkira daripada jumlah pendaftaran yang berjaya dilakukan pada sela masa tersebut. Pendaftaran dikira sah dengan mendeposit wang ke dalam akaun DPPMM. tarikh dan masa diambilkira sebagai bukti pendaftaran.

  1. 2. Pencapaian tertinggi pendaftaran harian RM500

Pencapaian pendaftaran tertinggi diambilkira daripada jam 12.00 tengah malam dan berakhir pada jam 11.59 malam berikutnya. Pendaftaran dikira sah dengan mendeposit wang kedalam akaun DPPMM. tarikh dan masa diambilkira sebagai bukti pendaftaran.

  1. 3. Pencapaian tertinggi pendaftaran keseluruhan RM1,500

Pencapaian pendaftaran tertinggi diambilkira daripada jam 12.01 tengah malam 22-01-12 dan berakhir pada jam 11.59 malam berikutnya 24-01-12. Pendaftaran dikira sah dengan mendeposit wang kedalam akaun DPPMM. tarikh dan masa diambilkira sebagai bukti pendaftaran.

  1. Pencapaian tertinggi pelaksanaan tugas rujuk Tugas dan tanggungjawab utama PP
    1. Pertama : RM300
    2. kedua : RM100
    3. ketiga : RM50
    4. keempat : RM50
    5. kelima : RM50

PP hendaklah menunjukan bukti pertemuan dengan memberikan maklumat seperti Nama, No. telefon, Umur, Alamat, Bangsa,Tarikh, Masa dan Tempat Pertemuan. Penyertaan akan dikira batal sekiranya terdapat maklumat yang palsu.

  1. B. PEGAWAI KANAN SEPENUH MASA (PKSM) / BEBAS (PK)

  1. Pencapaian tertinggi pendaftaran harian : RM300
  2. Pencapaian tertinggi pendaftaran keseluruhan
    1. Pertama : RM500
    2. kedua : RM200
    3. Ketiga : RM100